Friday, February 27, 2015

Cara Kira Bonus ASB

Apa yang anda faham tentang bonus? Kita jangan sebut tentang bonus ASB, hanya sebut tentang bonus dari majikan. Apakah faktor-faktor dalam pengiraan bonus oleh majikan?

Antara faktornya :
  • tempoh perkhidmatan
  • keuntungan syarikat
  • disiplin kerja
  • BAIK DENGAN BOSS! Haha...yang ini subjektif sikit.

Dalam hal pemberian bonus ASB, pihak PNB mengambilkira 
  • tempoh kesetiaan pelabur bersama ASB
  • keuntungan ASB
  • disiplin kerja tiada kaitan di sini
  • baik dengan boss pun tiada kaitan di sini sebab pelaburlah boss yang sebenar.

Setelah pihak PNB membuat kiraan keuntungan dan mengumumkan kadar dividen, sistem akan mula mengira dividen dan bonus ke atas semua akaun pelabur. Selalunya pada 2 Januari akan sesak jalan ke bank dan pejabat pos. Masing-masing tidak sabar melihat dividen dan bonus dimasukkan dalam buku akaun mereka. Sebenarnya dividen dan bonus dan dikreditkan tetapi sifat manusia yang lebih teruja jika dapat melihatnya dalam bentuk bercetak. Setidak-tidaknya sebagai pembakar semangat untuk melabur lebih banyak lagi.
gembira
Kami Dapat Bonus 10 Bulan

Cara Kira Bonus ASB

Jumlah Baki Minimum Untuk 120 Bulan Terdahulu  X Kadar Bonus
                             120 bulan

Antara lain, pihak PNB ingin melihat pelabur mengekalkan jumlah wang yang banyak didalam akaun ASB dan bonus ini diberi sebagai satu bentuk insentif buat pelabur. 

Buat mereka yang baru sahaja melabur sudah tentu merasa cemburu melihat bonus yang diterima oleh rakan-rakan yang telah melabur sejak 10 tahun lalu.

Jumlah Bulan Yang Layak Dikira

Kes 1 :
Harun melabur sejak 1 Jan 2008. Pada ketika pengiraan bonus 2014, jumlah bulan yang layak dikira untuk Harun ialah 84 bulan (7 tahun).

Kes 2 :

Amin melabur sejak 1 Jan 1993. Pada ketika pengiraan bonus 2014, jumlah bulan yang layak dikira untuk Amin ialah 120 bulan (10 tahun had maksima).

Cara Kira Bonus ASB Untuk Harun dan Amin
* Untuk memudahkan pengiraan kita andaikan dividen dan bonus yang dibayar untuk tahun-tahun kewangan sebelum 2014 telah dikeluarkan oleh pelabur pada setiap 1 haribulan Januari setiap tahun.


Akaun Harun :
1/1/2008 - melabur RM1000 dan tidak membuat sebarang pelaburan tambahan sehingga Dis 2014.


Jumlah pelaburan sehingga Dis 2014 ialah = RM1,000
Jumlah bulan layak dikira = 84 bulan

Jumlah baki minimum dari Jan 2008 hingga Dis 2014 x Kadar bonus
                           120
(84,000 / 120) x 1% = RM 7

Akaun Amin :
1/1/1993 - melabur RM1000 dan tidak membuat sebarang pelaburan tambahan sehingga Dis 2014.

Jumlah pelaburan sehingga Dis 2014 ialah = RM1,000
Jumlah bulan layak dikira = 120 bulan

Jumlah baki minimum dari Jan 2005 hingga Dis 2014 x Kadar bonus
                            120

(120,000 / 120) x 1% = RM 10
Buku Pelaburan ASB
Buku Pelaburan ASB

Ulasan :
Amin yang melabur lebih awal dari Harun menerima bonus RM10 berbanding Harun yang hanya menerima RM7. Nilai ini nampak kecil kerana kita menggunakan nombor-nombor kecil sebagai contoh dalam pengiraan bonus. Kita juga mengandaikan dividen dan bonus dikeluarkan oleh mereka pada setiap 1 haribulan Januari setiap tahun. Jika mereka tidak mengeluarkan wang dividen dan bonus, akan jelas kelihatan akaun Amin jauh lebih tinggi kerana beliau telah menerima dividen dan bonus sejak tahun 1993. Dan juga dividen serta bonus ini jika tidak dikeluarkan, akan meningkatkan jumlah dividen dan bonus untuk tahun berikutnya kerana jumlah baki akaun telah meningkat.

Jelas sekali lebih lama anda melabur, lebih tinggi ganjaran bonus yang diterima. Inilah sebahagian dari bentuk insentif yang diberikan oleh PNB.

Bacaan yang disyorkan => Cara kira dividen ASB.

0 comments:

Post a Comment

Anda punya sesuatu untuk dikongsikan bersama. Nyatakan idea atau komen anda. Saya mendengar komen anda.